Pages

Jumaat, Julai 20

Betulkah Puasa Niat Kita ?


Assalamualaikum w.b.t.. 
Memandangkan pada esok hari kita akan bermula untuk berpuasa selama sebulan , saya ingin kongsikan kepada sahabat2 saya sebuah artikel tentang Puasa . Saya petik dari laman sesawang I Luv Islam . Syukran kerana membaca , semoga Allah merahmati kalian (: Bismillah ... 

Tibalah satu lagi Ramadan untuk kita. Satu bulan penuh rahmat, penuh keberkatan dan juga peluang meningkatkan prestasi ibadah.
Anggaplah bulan ini sebagai satu titik perubahan untuk kita, daripada buruk kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik. Satu isu yang menonjol dalam dunia tarbiyah setiap kali menjelang Ramadan, adalah kefahaman dan kecintaan terhadap bulan puasa itu sendiri. Jadi bukanlah sesuatu yang perlu bagi saya untuk memberi pendapat tentang isu ni, kerana ia sudah terlalu banyak dibicarakan di internet.
Saya cuma ingin ketengahkan satu perkara; niat kita berpuasa. Saya pernah terbaca dalam satu artikel bahawa "Orang Malaysia memang suka buat ibadah sunat, walhal ibadah wajib ditinggalkan."
Perkara ini, pada hari-hari biasa pun, banyak berlaku depan mata kita. Sebagai contoh, ada yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis walaupun solat fardu kadang-kadang ditinggalkan (contohnya, kita sangat susah untuk bangun menunaikan Solat Subuh). Ada juga yang bersedekah beratus-ratus ringgit tetapi zakat tidak ditunaikan. Niat sebenar? Berpuasa untuk menjimatkan duit, bersedekah untuk mendapat pujian. Takkan berguna puasa dan infak itu. Sia-sia.
Konsep menyambut Ramadan sebagai bulan puasa adalah tidak adil. Ramadan bukan bulan untuk berpuasa semata-mata. Kita sepatutnya menyambut Ramadan sebagai satu medan pertarungan satu-dengan-satu (one-on-one) dengan nafsu kita. Jika tiada syaitan pada bulan Ramadan, kenapa masih ada orang yang buat jahat? Kenapa masih ada yang mencuri, menipu, apatah lagi ponteng puasa?
Apabila tiada syaitan, yang tinggal hanya nafsu kita. Kita berperang dan bertarung dengan nafsu saban hari - bermula dari saat bangun daripada tidur, sampailah waktu kita pejam mata untuk tidur. Berpuasa adalah untuk menahan nafsu, bukan untuk menahan lapar dan dahaga semata-mata. Berpuasa adalah untuk menjaga hati, lidah dan perbuatan. Berpuasa adalah untuk mengenal erti penat lelah, memahami dan mensyukuri nikmat yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Berpuasa adalah untuk syurga yang hakiki.
Betulkan semula niat kita. Bukan cuma sekadar menyatakan lafaz, dan menahan diri daripada makan dan minum, tetapi fahami erti sebenar berpuasa. Barulah ibadah itu akan terkesan, lalu membawa kepada istiqamah selepas Ramadan. Bercakap tentang istiqamah, apabila mendengar orang menyebut Ramadan Kareem, kita digalakkan menjawab dengan Allahu Akram. Maksudnya, Ramadan yang mulia, Allah lebih mulia.
Ingatlah pesanan Imam Hassan Al-Basri: "Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana) jangan menjadi hamba Ramadan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadan)"
Ingatlah juga pesanan dari Rasulullah SAW - daripada Umar bin Khathab RA berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya segala amalan itu tergantung pada NIATnya. Dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya. dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Kalau setakat baca niat puasa, dan esoknya cuma tahan makan dan minum, budak darjah satu pun mampu buat! Kita tak nak ibadah puasa kita sia-sia. Rasulullah SAW bersabda, "Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga." (Riwayat an-Nasaei)
Puasa kita mungkin sah pada mata manusia. Tapi mungkin tidak sampai ke Arasy Allah. Mungkin tak tercapai maksud dan tujuan utama berpuasa. Jadi betulkanlah niat kita. Tahanlah marah. Tak perlu cakap benda-benda yang tak penting. Hentikanlah mengumpat. Sekalipun bercakap benda yang sia-sia mampu membatalkan puasa anda.
Daripada Abu Hurairah RA katanya bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya."
Pengakuan jujur, saya sendiri pun susah nak menjaga benda-benda macam ini. Niat adalah sesuatu yang memakan masa untuk diterapkan. Tapi apa salahnya mula sekarang? Kita makin tua, hidup makin singkat. Entah-entah esok lusa kita mati. Insya-Allah, makin kurang usia di dunia, makin kurang dosa kita.
Kalau niat anda rumit untuk diperbetulkan, tak apa. Puasa dulu. Ikut ajaran Islam. Macam orang nak pakai tudung, pakai dulu. Nanti akan datang satu 'hadiah' daripada Allah, yang cuma Allah boleh bagi. Bila dapat 'hadiah' itu, insya-Allah. Anda akan rasa manisnya iman bila niat kita betul-betul fisabilillah. Kita bukan sekadar tahu sebut, kita akan tahu rasa. Nak rasa? Cubalah sendiri.
Jadi, sebelum tidur malam ini, kita baca niat puasa dulu. Tak, bukan sekadar baca, tapi cuba kita rasa. Rasa niat puasa. Rasa suasana Ramadan. Rasa indahnya keberkatan. Rasa kepuasan melawan nafsu. Menang dengan diri sendiri. 
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan Allah akan jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya."
Marilah kita bersama2 mencari keredhaan Allah SWT sepanjang hari yang mulia ini . InsyaAllah hidup kita pasti dirahmati Allah SWT . Assalamualaikum ...
Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Selasa, Julai 17

Perlukah Seorang Ustazah ?


Assalamualaikum w.b.t ...

Apa khabar sahabat2 seperjuangan Islam saya ? Saya di sini kurang sihat ... doakan kesihatan saya ya ? Syukran ... Baiklah , topik hari nie berkenaan dengan dakwah fardiyyah iaitu dakwah secara individu.. Petikan di bawah saya kongsikan kepada anda semua ... saya petik dari laman sesawang I Luv Islam .. The best Islamic website ever (': Saya harap pembaca2 dapat mengambil pengajaran walaupun sebesar zarah .. kerana itulah yang lebih baik ... Bismillahirrahmanirrahim...



Bercakap soal dakwah dan mengajak orang lain ke arah kebaikan sering dikaitkan dengan status. Kebanyakannya mengharapkan ustaz atau ustazah sahaja untuk melakukan amal ma'ruf dan nahi mungkar setiap masa.

Baru-baru ini, penulis berpeluang menghadiri sebuah forum yang menampilkan panelis-panelis serta moderator yang dikagumi berdasarkan pencapaian mereka di dalam bidang masing-masing.
Mereka bukanlah ustaz atau ustazah, tetapi kecintaan terhadap perjuangan Islam terpancar dari kata-kata hikmah yang dikongsikan bersama tetamu-tetamu yang hadir dalam majlis itu. Sejarah perjalanan hidup mendewasakan mereka tanpa sekelumit rasa menyerah di kala badai dan tribulasi melanda. Subhanallah!
Sesekali jiwa penulis tersentap dengan kehebatan yang telah lakukan untuk Islam, sedangkan kita seakan-akan berpeluk tubuh, merasa cukup dengan apa yang telah dilakukan buat agama Allah ini. Berpaksikan pengorbanan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, perjuangan setiap individu Muslim tidak akan pernah mencapai tahap 'cukup','enough','thats it' atau 'kifayah'. Kelulusan ijazah dalam jurusan agama juga tiada membawa erti sekiranya ia tidak dipraktik dan diistiqamahkan dalam kehidupan seharian. Sepertimana pepatah Arab yang bermaksud: "Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah".

Siapakah Pendakwah Itu?

Tidak perlu status sebagai pendakwah bebas, seorang ibu merupakan pendakwah terhebat untuk sesebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu mahukan anak-anak mereka gagal atau kecewa dalam hidup mereka. Pengajaran yang diterapkan dari hari pertama kita dilahirkan terus berjalan hingga ke akhir hayat. Begitu juga bapa. Anak-anak yang 'menjadi' ini akan mempunyai aura positif dan boleh diteladani oleh masyarakat.
Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu"

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Berbalik kepada forum yang dihadiri penulis, ketiga-tiga ahli panel mempunyai kelebihan masing-masing dalam seruan dakwah. Salah seorang merupakan juruterbang yang telah menghasilkan puluhan buku agama yang menjadi rujukan masyarakat yang dahagakan ilmu. Dianugerahkan Allah isteri yang solehah, beliau mampu berdakwah dengan mata pena sekalipun sibuk dengan tugasan harian yang saya fikir bukan calang-calang portfolionya.
Berbeza dengan panelis kedua, beliau telah dididik oleh bapanya untuk mendalami Al-Quran secara intensif semenjak di usia 4 tahun. Segala cabaran diharungi, menongkah segala arus dan badai. Hasilnya beliau menjadi qariah yang disegani dengan kehebatannya mengalunkan ayat-ayat suci Allah. Jelas, mereka ini adalah pendakwah, khalifah Allah yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang maksudnya:

"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya"

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Panelis ketiga pula, keinginan dan cita-cita untuk menjadi artis membawa beliau ke tahap yang membanggakan pada hari ini. Uniknya, beliau merupakan artis muslimah yang amat elok dijadikan idola buat mudi-mudi. Tidak perlu mendedahkan aurat, tidak perlu pakaian yang nipis dan menjolok mata, aura Islami memang terpancar dari keikhlasan kata-kata beliau. Dakwah disebarkan menerusi aktiviti seni yang boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat tanpa perlu menggadaikan martabat Syari'at dan Sunnah RasulNya.
Perkongsian pengalaman tentang kisah peribadi beliau sendiri dijadikan iktibar dan peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah, Rabbul Jalil dan Rasulullah, Rahmat Seluruh Alam. Sebagai contoh, ziarah ke pusat penjagaan kanak-kanak yang ditinggalkan ibu bapa sendiri. Dalam keadaan sedemikian, kita terfikir, tergamaknya ibu bapa atau penjaga berkenaan melupakan 'tanggungjawab' yang diamanahkan oleh Allah. Walhal, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sangat kasihkan kanak-kanak dan tidak pernah menyakiti mereka.

Sebagai insan, kita wajib melihat sesuatu peristiwa dengan mata hati yang suci kerana Allah tidak pernah melupakan hambanya walau sesaat. Allah Maha Adil dan tidak pernah membebankan hamba-hambaNya. Sebagaimana FirmanNya yang bermaksud:-

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"

(Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Pengertian yang amat mendalam dapat dirungkaikan daripada ayat di atas yang memberikan peluang keemasan untuk kita menjadi lebih baik atau "naik kelas". Justeru, peranan dakwah memang sentiasa terbuka buat kita tanpa ada batasannya. Gunakan setiap detik yang masih berbaki buat kita untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.

Fenomena Hari Ini

Dakwah hari ini memerlukan kreativiti dan kebijaksanaan yang tinggi. Allah telah menyatakan hal ini dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk"

(Surah An-Nahl, ayat 125)

Allah telah memberikan garis panduan yang perlu kita kaji secara mendalam dan mengaplikasikannya dengan berhemah supaya objektifnya tercapai tanpa sedikit kekerasan sekalipun.
Masyarakat hari ini sangat petah mengemukan hujah yang kadangkala lebih bersifat logik dan tidak menepati keperluan syariat. Ini yang paling menakutkan kerana kealpaan tentang ilmu agama boleh menyesatkan orang lain dan sebaliknya menjadi dakyah. Nauzubillah min dzalik.
Kesimpulannya, setiap Muslim merupakan pendakwah yang boleh menyebarkan Islam dengan syarat kesediaan memperbaiki diri serta mendalami ilmu yang betul perlu ada. Mempunyai kelulusan dalam bidang agama belum tentu menjadikan kita 'over qualified' dan tidak cuba mempelajarinya lagi terutamanya daripada orang lain, kerana setiap muslim itu adalah pendakwah dan wajib menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."

(Surah Ali-Imran ayat 104)

Dan turut dirakamkan dari Rasulullah SAW, baginda bersabda yang bermaksud :-

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

(Hadis Riwayat Muslim)

Ambillah iktibar daripada sikap Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang sentiasa zuhud dalam kehidupan seharian. Mendapat gelaran alim ulama bukan tiket untuk kita memperlekehkan orang lain yang jauh dari agama. Justeru, peranan setiap orang untuk menyampaikan dan berkongsi ilmu yang baik sangatlah dituntut dalam Islam.
Sebagai penulis yang masih belajar, merasakan masih banyak yang perlu dipelajari dan terus berusaha menyampaikan dakwah menerusi penulisan. Akhirul kalam, marilah sama-sama kita berdoa semoga dapat terus beristiqamah dalam perkara kebaikan. 

"Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang bijaksana yang diberkati olehMu ilmu yang menjadikan teguh pendirian kami dalam pengabdian padaMu dengan penuh rasa syukur atas segala ni'matMu wahai Tuhan yang amat Belas Kasih dan Penyayang".  Amin, Ya Rabbal 'Alamin. 

- Artikel iluvislam.com

Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Sabtu, Julai 14

Tiga tujuan ?

Assalamualaikum w.b.t...

Sahabat2 sekalian yang sedang baca entry nie apa khabar? Kaifa halukum ? klau semua sihat , Ahsantum ...

Cuaca sekarang nie asyik hujan ... takpe , hujan kan membawa rahmat (; So , topik kali nie taklah menarik sangat .. cuma ia berkaitan dengan perasaan seseorang . Let's begin !

Seringkali kita mendengar perkataan 'Saya cinta padamu' atau dalam bahasa omputih 'I love you' . Hah , ikut suka korang lah nak sebut mana satu . pfftt -.- okay , walaupun kita dah banyak kali dengar org ucapkan pada kita perkataan tu , tapi kita belum tahu kan yang dia ucapkan tu sebagai apa ? sebagai kawan ? kekasih ? atau saja2 ? haaa.. yg ketiga tu bahaya sikit .. sebab kalau saja2 tu dikira kita mainkan perasaan orang terutama sekali kalau lelaki ucapkan pada seorang perempuan yg sedangkan dia tidak punya apa2 perasaan . So , tak elok kita buat macam tu . Sbb perasaan nie tak boleh dibawa main2 .. Ia bergantung pada kekuatan fizikal dan rohani seseorang untuk sentiasa tabah dan tidak mudah 'cair' dengan perkataan tersebut . Bahaya juga klau kita ucapkan pada seseorang yg berjiwa sensitif atau terlalu 'obsess' dengan kita sbb nnti klau cintanya ditolak atau tak diterima , silap hari bulan buat kenduri arwah agaknya . MasyaAllah .. ok lah , sampai di sini saja entry saya kali nie . Enjoy your day . Syukran (;



Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Ahad, Julai 8

Semua Tentang Kita

Assalamualaikum w.b.t ..

Dimalam yang dingin ini .. sukar untuk saya melelapkan mata ... terasa rindu di hati .. Hmmm . Malam nie cuma short update itupun tentang perpisahan yg bakal menghantui diri saya. Astaghfirullah halazim.. tak tahu macam mna saya nak hadapi saat2 perpisahan nnti. Allah SWT saja yang tahu perasaan saya . Setelah 2 tahun kami berkawan , tak sangka tahun nie akan berpisah . Masa sangat mencemburi kami . Lagi 2 minggu dia kat Sabah . Ya Allah , sedihnya .Setiap hari terfikirkan pasal perpisahan nie. Sedih , sedih  , sedih ! Apa yg akan berlaku lepas nie ... Mungkin tak semangat nak pegi sekolah . Tiada semangat nak buat apa2 perkara. Lebih2 lagi klau dah berpisah then masing2 lupa kawan , habis lah... hilanglah sebuah persahabatan yg dibina selama 2 tahun nie ... doa2 kat Allah supaya kami tak terputus silaturrahim .. InsyaAllah . Bagi dia , tolong jangan lupa saya apa pun terjadi .

Mood : Sedih .

Assalamualaikum ...
Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Khamis, Julai 5

Trip to Langkawi and Kuala Lumpur !

Assalamualaikum w.b.t ..
Hai ! lama saya tak update blog . Rindu juga dengan blog nie . HAHA . okay , topik kali nie mengenai rombongan dari sekolah saya ke Kuala Lumpur dan Langkawi selama seminggu . okay , seriously , memang Greysome ! best sangat2 ! Rombongan kami disertai oleh Pengetua sekolah , penolong kanan , guru disiplin , dan cikgu2 mata pelajaran yg lain .. So, banyak sebenarnya gmbr2 yg saya tangkap sepanjang rombongan tu . Setiap masa ! haha . Orang dah gila camera memang macam tu -.- .

*****

First Day .. 28 June 2012 

Ok . Flight kami jam 8 pagi . Jam 5:30 pagi dah ready kat KKIA ( Kota Kinabalu International Airport ) . Semangat gila ! haha . Bayangkanlah jam berapa saya bangun dari tidur . Jam 2 pagi ! haha . Biasalah , orang suka packing last minit memang macam tu . hikhik . So , nie gmbr masa kat airport tu . 

#KKIA 

Dipendekkan cerita , kami selamat sampai di KLIA pada jam 10:45 cam gitu lah .. Lepas tu naik bas pergi KL tpi tak terus ke tempat penginapan , kami terus ke SOGO Shopping Complex . Tak sabar2 sangat nak shopping -.- lol . So , kami beli barang sikit2 ( konon ) , pastu makan . Lepas dari SOGO , kami naik bas menuju ke Menara Kuala Lumpur . Naik atas tengok pemandangan dan beli sedikir cenderahati . Perjalanan seterusnya ke tempat penginapan . hehehe . Kami menginap kat International Youth Centre di Cheras . Best juga lah kat situ . ok2 je . LOL . 

Second Day ... 29 June 2012 ...

Mulalah pengembaraan kami ! haha . Bangun bukan main awal lagi . Pakai baju kurung warna peach pink yang diberi oleh pihak sekolah . hehe . Kami siap jam 9:50 pagi then bergerak menuju ke destinasi yang pertama iaitu ke KLCC ! Kami pegi Petrosains . Best sangat2 , ada macam2 permainan kat dalam situ . haha . Macam semua nak cuba . Tapi letih juga . hehe . So , lepas tu kami tangkap2 gambar buat kenangan . Jam menunjukkan waktu solat Asar . Kami solat qasar dan jamak takhir je , perjalanan kami jauh so dah dikira sebagai musafir lah .. hehe .. Kami solat kat Masjid Putrajaya .. SubhanaAllah , masjid tu sangat2 cantik dan besar ,,.. tenang je bila solat kat situ . Lagipun banyak muslimah arab yang pakai purdah dan burqa . Tak dapat dinafikanlah .. terlalu ramai ! So , lepas kami dah selesai solat .. kami teruskan perjalanan menuju ke shopping complex lagi .. sampai tengah malam ! haha . Cikgu2 lah yang puas shopping. lol . Lupa pulak dah nama tempat shopping tu tpi memang betul2 tgh2 bandar Kuala Lumpur tu . Sesak ! 

Third Day ... 30 June 2012 .. 

Okay , hari ketiga kami pakai baju bebas . Baju biasalah . Bukan baju yg tak senonoh . Nauzubillah Minzalik.. Hari ketiga nie destinasi pertama kami ialah menuju ke Langkawi ! yeah . Inilah saat2 yang dinanti-nantikan sebab kat Langkawi kan... DUTY FREE TAX ! Best gila . nak borong coklat dgn tudung . Eh , bagi cikgu2 dan ibu2 tu dorg borong pinggan mangkuk vantage ! haha ! Klau berat , sendiri punya pasal . hikhik . Yang tak bestnya keadaan kat feri . Tersangat2 lah CROWDED! Ya Allah , sampai nak tercabut kaki berjalan tangan pula mengangkat beg . dah lah berat . pfftt -.- paling tak sukalah kat jeti feri tu .. pehh .. pastu dalam feri sejuk pula tu . Pakai jaket pun mcm takde effect . -.- lol . Tapi tak mual langsung ok .Alhamdulillah . 

Dipendekkan cerita .. kami sampai dah ke tempat penginapan yang tak seberapa memuaskan . Awal2 lagi saya dah jatuh dari atas kati and then kaki pula terseliuh .. bagaikan nak patah kaki masa tu . tapi boleh ketawa sambil menangis lagi . haha . 'Baik' betul kawan2 saya yg turut berada di situ kan .. siap ketawa lagi ok . stop .-.- Beberapa minit kemudian , kaki dan mula bengkak . Okay , cara jalan dah berubah ,mcm ketam . -.- Terinjut2 . Sakit ! Allah ajelah yang tahu perasaan dan keadaan saya masa tu :( Lepas dah selesai kemas2 semua , kami siap2 untuk naik bot pegi ke Tasik Dayang Bunting . Perjalanan memakan masa selama 30 minit . Lama juga . Tapi best sebab dapat menghirup udara segar ! :D Then , sampai aje kat tasik dayang bunting , ada monyet pula dah . Ganggu jalan kami aje . Tapi seriesly , memang rata2 monyet bersepah kat tasik dayang bunting . Tapi monyet2 tu tak kacau saya. haha . lain macam aje bunyinya . Ok , plastik yang kawan saya pegang kena ' ragut ' dek monyet yang comel2 belaka . cun kan ? -.- Nasib baik camera saya dipegang erat . Klau dicuri , dikejar kang monyet tu smpai tgh2 hutan oleh saya . LOL . *macam berani* . Sampai kat tasik tu , kami just rendam2 kaki je . hhaha . habislah orang yg mandi kat kawasan tu semua minum air kaki . HAHAHA . jahat eh . LOL . Tapi memang best lah ! 

Lepas dari tasik dayang bunting kami singgah makan jap . Pastu sambung perjalanan ke Underwater World !  Yeah ! Kat situ kami dapat tengok macam2 jenis ikan , penguin , burung dan lain2 lagi . *nama tidak diketahui* . HAHHA.. Banyak gambar yg saya telah tangkap . nasib tak full memori -.- k , habis dan ronda2 dlm underwaterworld tu , kami bergerak ke tempat yang berdekatan dengan Jetty Point . Alah.. yang ade burung helang besaq ( besar ) tu . Hikhik . Kat situ kami tangkap gmbr aje dan makan KFC. hehe . K , pastu balik tmpt penginapan . Malam tu , ada pasar malam . Dekat aje . Depan tmpt penginapan je . Jalan kaki je .. hehe .. Kami beli baju .. keychain .. dan banyak lagi . Saya pula sibuk beli ubat untuk rawat kaki nie :( . Lepas tu , kami pegi Haji Ismail . Kat situ lah banyak coklat2 murah . Wohooo ! K , sambung keesokkan harinya pulak :P 

Forth Day ... 31 June 2012...

Seperti biasa bangun diawal pagi menunaikan solat Subuh . Pastu siap2 nak pegi jalan lagi ! Pagi tu kami sarapan di Pandak Mayah .. Sarapan Nasi Lemak aje . hehe . itu pun kena belanja oleh  Ustaz kami, Alhamdulillah . Rezeki diawal pagi . Hihihihi. *save bajet* .Selesai sarapan , kami tunggu bas . Hari nie banyak tempat yang kami pegi. Destinasi pertama kami ke Kilang Gamat. Dapat juga merasa pegang ubat gamat yang tengah masak . hehe . Time tu kami beli banyak ubat sbb masing2 ibu kirim kan... hahaha . kalau ikutkan tak nak beli . Lol . Tapi saya kena beli juga , sebab nak beli ubat untuk kaki yang terseliuh nie . -.- . K , perjalanan seterusnya kami ke Makam Mahsuri . Panjang ceritanya . Kat situ banyak pameran2 .. kepada sesiapa yang masih tak tahu kisah Mahsuri , sila rajin2 kan diri tu search di internet tntg Mahsuri . Semua tu ada kait rapat dengan Langkawi nie . (: Perjalanan seterusnya kami ke Underwater World .. Kat situ ada banyak ikan2 , penguin , burung dan macam2 lagi . Biasa je pun .. LOL .. K , lepas tu kami ke tempat yg dinanti-nantikan iaitu ke Cable Car ! gayat gila bila naik atas cable car tu .. boleh nampak gunung mat chincang dengan Telaga 7 . Hehe . Selesai dari cable car , kami ke Pasir Hitam. Kat situ sesetangah pasirnya warna hitam sbb ade bekas2 lava dari gunung berapi yang masih kekal smpai sekarang . Tulah tmpt tu kena panggil pasir hitam ! hehe . 


#Kat puncak paling atas di Cable Car .

#Pemandangan dari puncak tertinggi . Gayat ! 

#Pasir Hitam . Sorry ada gmbr kaki :P 

So , hari kelima dan terakhir to be continue ok ? Penat tgn nie menaip -..- Selamat malam .. Assalamualaikum (: 




Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew