Pages

Jumaat, Jun 14

June , I love you for the sake of Allah .

JUN , aku tahu tajuk entry ini pelik .
Tapi itulah realiti . Percaya . Yakin . Baca , hayati .

Bulan jun ,
Terlalu banyak peristiwa yang menggembirakan jiwa ini .
Semua ini berlaku dengan izinNya . DIA yang mengizinkan detak jantung ini masih berfungsi .
Alhamdulillah .

Instagram ,
Sebuah laman sesawang yang menjadi kegilaan remaja zaman sekarang . Begitu juga aku .
Tidak berdosa untuk aku sukainya , tetapi menjadi perkara yang dosa jika aku tersalah niat . Nauzubillah .
Aku telah sertai beberapa contest yang menarik hati aku . Alhamdulillah , mungkin ada hikmahnya mengapa Allah izinkan aku peroleh kejayaan . Serius , rezeki melimpah ruah . Malu aku pada ya Rabbul Izzati .

Pada bulan Jun juga ,
Sekolah aku telah menyambut Hari Guru , Alhamdulillah . Majlis kali ini mendapat sambutan yang sangat meriah .
Ramai guru menyukai 'Gimik' penutupan majlis yang merupakan sebuah sketsa . Alhamdulillah , Alhamdulillah .

Pada 30 bulan Jun ,
merupakan hari yang bakal membuatkan aku tersenyum .
Hari tersebut merupakan hari yang aku nanti-nantikan .
Pemilik tarikh kelahiran tersebut mungkin tidak merasai apa yang aku rasakan .
Terima kasih atas buku yang telah dihadiahkan buat aku ,
Cinta High Class karya Fatimah Syarha amat memberi kesan yang mahmudah buat aku .
Alhamdulillah .

Aku merupakan AJK sebuah kelab iaitu Kelab Remaja Ukhuwwah .
Untuk ketahui lebih lanjut , sila layari blog kami http://www.kruputatan.blogspot.com .
Ya , aku diberi amanah yang begitu besar iaitu menjadi Penolong Pengarah Program untuk program
Qiamulail Perdana bulan Jun . Tetapi kami lebih selesa menggelarnya sebagai 1st Anniversary KRU Putatan kerana pada tarikh 29-30 Jun 2013 kami akan menyambut ulang tahun KRU Putatan buat kali pertama .
Alhamdulillah .



Sekian , itu sahaja luahan hati buat bulan Jun 2013 yang akan diingati hingga ke akhir hayat .


Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Isnin, April 15

Istikarah Kehidupan

Assalamualaikum warahmatullah // Apa khabar sahabat2 yang dimuliakan Allah SWT ? Sihat ? Kalau sihat , alhamdulillah , bersyukur kepada Allah :)



Entry kali ni bertajuk "Istikarah Kehidupan" . Rasanya semua orang tahu kot apa makna tajuk tu kan ? Lebih2 lagi orang selalu link kan dengan bab2 Cinta. Salah tu , bukan bab cinta saja kita kena beristikarah , tapi bila-bila masa saja kita ada masalah , istikarahlah jalan yang terbaik .

******

Seminggu yang lalu hidup saya dilalui dengan pelbagai konflik kehidupan . Tak lah saya nak kongsi dari A smpai Z . Cuma , apa yg saya pelajari dan ambil iktibar ialah kita mesti selalu berfikir dan cari jalan penyelesaian masalah yang timbul dlm kehidupan . Walaupun kita ni ada banyak masalah kat dunia contohnya masalah kawan , keluarga , kekasih *hak tuih* dan mcm2 lagi , kita jangan cepat berputus asa sbb Allah sentiasa bersama kita , sentiasa bersedia mendengar segala rintihan dan rayuan kita . Mustahil bagi Allah jika hambaNya memohon sesuatu ketika sedang berdoa sambil berlinangan air mata , Allah tidak pedulikan kita. MUSTAHIL ! Pasti Allah akan beri rahmatNya kepada kita . Pasti Allah tiupkan hidayah kepada kita. Pasti Allah beri pengubat hati kepada kita. InsyaAllah . Yakin pada Allah . DIA lah yang hanya memahami hati-hati manusia .

*******


Sahabat-sahabat yang dimuliakan oleh Allah SWT , 
Saya sedar , dunia sekarang ramai remaja2 yang sedang hangat bercinta antara satu sama lain . Tidak salah jika perasaan cinta itu hadir dalam jiwa , kerana cinta itu FITRAH . Siapalah kita menolak cinta yang hadir di jiwa tanpa dipaksa? Hidup ini tak akan bahagia , tanpa cinta kepada Allah yg Maha ESA . Di sini saya ingin tegaskan , cara bercinta merupakan perkara yang subjektif . Ramai diantara para remaja yang salah gunakan konsep bercinta . Mengapa harus bercinta dengan manusia yang tidak halal lagi untuk kita ? Sanggupkah kita biarkan bakal imam kita menikmati kehidupan bersama insan yg tercinta yg pernah bersama lelaki2 lain ? Tidak sanggup bukan . Jadi , berubahlah . Bercintalah di atas landasan syariat Islam . InsyaAllah bahagia dunia dan akhirat . Meski cinta dalam diam seperti cinta Saidina Ali dan Saidatina Fatimah , akhirnya mereka disatukan . Meski perit , meski seksa , tetapi itulah yang terbaik buat insan yang bakal mengimamkan kita. InsyaAllah . Wallahu a'lam . Assalamualaikum warahmatullah :)

Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Selasa, Mac 19

[ KRU Putatan ] Qiamulail Perdana datang lagi !

Assalamualaikum sahabat2 yang dimuliakan kerana Allah SWT ...

Baiklah , ini sekadar 'short entry ' sahaja . Cuma kali ni nak promote sesuatu ^^ Lihat gambar kat bawah :)


Nampak tak ? Tak nampak ? Click gambar tu untuk enlarge :)

Baiklah , Qiamulail Perdana ni anjuran Persatuan Siswazah Sabah atas kerjasama Kelab Remaja Ukhuwwah  Putatan . Sesiapa yang berminat untuk menyertainya , sila hubungi org kuat KRU Putatan tu hihi . Kalau yang duduk berjauhan tu susah sikit , mungkin bagi yg duduk di daerah Putatan boleh lah sertainya . Tak rugi punn , best sangat2 ! Tingkatkan keimanan kita dengan mentarbiyyah diri kita melalui "QIAMULAIL" . Kuatkan hati , tegakkan iman :) Syukran !


Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Khamis, Januari 3

New Year . New Life. New Friend . Everything .

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Alhamdulillah . Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberi peluang untuk merasai kenikmatan hidup di dunia ini . Alhamdulillah . 

Pertama sekali , Salam Tahun Baru daripada saya , walaupun tahun 2012 dah berlalu pergi , sama2 berdoa agar tahun 2013 bakal membuka hati kita untuk sentiasa mentarbiyyahkan diri kita untuk menjadi insan yang berguna. 

Walaupun banyak perkara yang telah berlaku pada tahun 2012 , sama ada ia pahit atau manis , semuanya sudah terancang dan sudah tertulis di Luf Mahfuz . Allah Maha Bijaksana , Dia yang mengatur segala langkah kita yang lalu dan akan datang . Dia yang memberi kita peluang untuk mengatur langkah baru agar kita berjaya mencapai mardhotillahNya. InsyaAllah. 

Tahun 2013 juga bakal menemukan saya dengan peperiksaan terbesar yang bakal saya duduki untuk sekali seumur hidup . Kalian jua tahu peperiksaan tersebut ialah SPM . Walaupun hati ini sentiasa berasa takut dan berdebar2 malah timbul perasaan tidak sanggup untuk menghadapinya ..tetapi saya tahu , segala rancangan Allah akan memberi keputusan yang baik . InsyaAllah .. Amin . 

2013 juga merupakan tahun terakhir saya untuk merasai alam persekolahan . Selepas alam persekolahan , insyaAllah saya akn menyambung pula ke alam Universiti di mana semua pelajar sentiasa mengidam2 kannya. Saya perlu lakukan yang terbaik untuk diri saya , keluarga , masyarakat, negara , dan paling penting menjadi yang TERbaik di pandangan Allah Azza wa Jalla. InsyaAllah . 

Setakat ini sahaja update blog saya kali ini .. InsyaAllah jika diberi peluang saya akan usahakan diri ini untuk mengupdate kisah2 yang menarik . wallahu a'alam . Assalamualaikum .

Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Jumaat, Ogos 3

Sahabat Selamanya ....

Assalamualaikum w.b.t ...

Rasanya dah lama tak update blog nie . Dah berhabuk pun . fuhh . Erm , minggu nie pelajar2 sekolah saya sedang menghadapi peperiksaan , sbb tu lah sibuk sikit nak update blog pun tak sempat . hurm ..



Okay . Tajuk tu mungkin kalian ingin tahu tentang siapa bukan ? Erm , rasanya tak perlu tahu kot . okay lah saya bgitau . Dia seorang HAMBA ALLAH . Itu je k . Cukup . (: Saya berkawan dgn dia dah 2 tahun lebih termasuk tahu nie . Tapi hari nie bertarikhkan 3 Ogostus 2012 yang merupakan tarikh perpisahan antara kami. Keluarga dia kena pindah ke Sarawak . Ok , sangat sedih . Allah saja yg faham perasaan saya . Kata tidak boleh mentafsir perasaan saya ini. Korang semua pun tahu kan mcm mana perasaan bila ditinggalkan lebih-2 lagi dia sahabat karib yg teramat . Dialah yg selalu membuatkan saya gembira . Bila saya marah , dia tenangkan . Keprihatinan diri dia membuatkan saya ingin mengeratkan lagi ukhwah persahabatan kami . Walaupun kami dah berpisah , tapi ukhwah Islamiah kami tidak akan putus . Selagi jasad ini masih berada di muka bumi . InsyaAllah persahabatan kami akan berterusan hingga ke Jannahtul Firdausi . Pesanan saya buat sahabat saya tersebut , Jagalah diri seperti anda menjaga Agama anda , kuatkan Iman , tambahkan Ilmu didada , sentiasa beristighfar dan bermunajat kepada Allah dan ringankanlah dirimu melakukan amal kebajikan kerana semua yg kita miliki sekarang bukan milik kita , tetapi milik Yang Maha Esa . WallahuAlam . Semoga anda teruskan perjuangan Islam anda selagi jiwamu masih setia bersama ISLAM . Akhir kata dari saya , Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Salam ukhwah . Semoga kita berjumpa lagi . InsyaAllah .
 " Sahabat sejati umpama pohon rendang 
Yang dapat menjadi tempat untuk berteduh " 
-Cintailah SAHABAT anda kerana Allah Taala-


Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Jumaat, Julai 20

Betulkah Puasa Niat Kita ?


Assalamualaikum w.b.t.. 
Memandangkan pada esok hari kita akan bermula untuk berpuasa selama sebulan , saya ingin kongsikan kepada sahabat2 saya sebuah artikel tentang Puasa . Saya petik dari laman sesawang I Luv Islam . Syukran kerana membaca , semoga Allah merahmati kalian (: Bismillah ... 

Tibalah satu lagi Ramadan untuk kita. Satu bulan penuh rahmat, penuh keberkatan dan juga peluang meningkatkan prestasi ibadah.
Anggaplah bulan ini sebagai satu titik perubahan untuk kita, daripada buruk kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik. Satu isu yang menonjol dalam dunia tarbiyah setiap kali menjelang Ramadan, adalah kefahaman dan kecintaan terhadap bulan puasa itu sendiri. Jadi bukanlah sesuatu yang perlu bagi saya untuk memberi pendapat tentang isu ni, kerana ia sudah terlalu banyak dibicarakan di internet.
Saya cuma ingin ketengahkan satu perkara; niat kita berpuasa. Saya pernah terbaca dalam satu artikel bahawa "Orang Malaysia memang suka buat ibadah sunat, walhal ibadah wajib ditinggalkan."
Perkara ini, pada hari-hari biasa pun, banyak berlaku depan mata kita. Sebagai contoh, ada yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis walaupun solat fardu kadang-kadang ditinggalkan (contohnya, kita sangat susah untuk bangun menunaikan Solat Subuh). Ada juga yang bersedekah beratus-ratus ringgit tetapi zakat tidak ditunaikan. Niat sebenar? Berpuasa untuk menjimatkan duit, bersedekah untuk mendapat pujian. Takkan berguna puasa dan infak itu. Sia-sia.
Konsep menyambut Ramadan sebagai bulan puasa adalah tidak adil. Ramadan bukan bulan untuk berpuasa semata-mata. Kita sepatutnya menyambut Ramadan sebagai satu medan pertarungan satu-dengan-satu (one-on-one) dengan nafsu kita. Jika tiada syaitan pada bulan Ramadan, kenapa masih ada orang yang buat jahat? Kenapa masih ada yang mencuri, menipu, apatah lagi ponteng puasa?
Apabila tiada syaitan, yang tinggal hanya nafsu kita. Kita berperang dan bertarung dengan nafsu saban hari - bermula dari saat bangun daripada tidur, sampailah waktu kita pejam mata untuk tidur. Berpuasa adalah untuk menahan nafsu, bukan untuk menahan lapar dan dahaga semata-mata. Berpuasa adalah untuk menjaga hati, lidah dan perbuatan. Berpuasa adalah untuk mengenal erti penat lelah, memahami dan mensyukuri nikmat yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Berpuasa adalah untuk syurga yang hakiki.
Betulkan semula niat kita. Bukan cuma sekadar menyatakan lafaz, dan menahan diri daripada makan dan minum, tetapi fahami erti sebenar berpuasa. Barulah ibadah itu akan terkesan, lalu membawa kepada istiqamah selepas Ramadan. Bercakap tentang istiqamah, apabila mendengar orang menyebut Ramadan Kareem, kita digalakkan menjawab dengan Allahu Akram. Maksudnya, Ramadan yang mulia, Allah lebih mulia.
Ingatlah pesanan Imam Hassan Al-Basri: "Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana) jangan menjadi hamba Ramadan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadan)"
Ingatlah juga pesanan dari Rasulullah SAW - daripada Umar bin Khathab RA berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya segala amalan itu tergantung pada NIATnya. Dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya. dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Kalau setakat baca niat puasa, dan esoknya cuma tahan makan dan minum, budak darjah satu pun mampu buat! Kita tak nak ibadah puasa kita sia-sia. Rasulullah SAW bersabda, "Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga." (Riwayat an-Nasaei)
Puasa kita mungkin sah pada mata manusia. Tapi mungkin tidak sampai ke Arasy Allah. Mungkin tak tercapai maksud dan tujuan utama berpuasa. Jadi betulkanlah niat kita. Tahanlah marah. Tak perlu cakap benda-benda yang tak penting. Hentikanlah mengumpat. Sekalipun bercakap benda yang sia-sia mampu membatalkan puasa anda.
Daripada Abu Hurairah RA katanya bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya."
Pengakuan jujur, saya sendiri pun susah nak menjaga benda-benda macam ini. Niat adalah sesuatu yang memakan masa untuk diterapkan. Tapi apa salahnya mula sekarang? Kita makin tua, hidup makin singkat. Entah-entah esok lusa kita mati. Insya-Allah, makin kurang usia di dunia, makin kurang dosa kita.
Kalau niat anda rumit untuk diperbetulkan, tak apa. Puasa dulu. Ikut ajaran Islam. Macam orang nak pakai tudung, pakai dulu. Nanti akan datang satu 'hadiah' daripada Allah, yang cuma Allah boleh bagi. Bila dapat 'hadiah' itu, insya-Allah. Anda akan rasa manisnya iman bila niat kita betul-betul fisabilillah. Kita bukan sekadar tahu sebut, kita akan tahu rasa. Nak rasa? Cubalah sendiri.
Jadi, sebelum tidur malam ini, kita baca niat puasa dulu. Tak, bukan sekadar baca, tapi cuba kita rasa. Rasa niat puasa. Rasa suasana Ramadan. Rasa indahnya keberkatan. Rasa kepuasan melawan nafsu. Menang dengan diri sendiri. 
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan Allah akan jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya."
Marilah kita bersama2 mencari keredhaan Allah SWT sepanjang hari yang mulia ini . InsyaAllah hidup kita pasti dirahmati Allah SWT . Assalamualaikum ...
Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Selasa, Julai 17

Perlukah Seorang Ustazah ?


Assalamualaikum w.b.t ...

Apa khabar sahabat2 seperjuangan Islam saya ? Saya di sini kurang sihat ... doakan kesihatan saya ya ? Syukran ... Baiklah , topik hari nie berkenaan dengan dakwah fardiyyah iaitu dakwah secara individu.. Petikan di bawah saya kongsikan kepada anda semua ... saya petik dari laman sesawang I Luv Islam .. The best Islamic website ever (': Saya harap pembaca2 dapat mengambil pengajaran walaupun sebesar zarah .. kerana itulah yang lebih baik ... Bismillahirrahmanirrahim...



Bercakap soal dakwah dan mengajak orang lain ke arah kebaikan sering dikaitkan dengan status. Kebanyakannya mengharapkan ustaz atau ustazah sahaja untuk melakukan amal ma'ruf dan nahi mungkar setiap masa.

Baru-baru ini, penulis berpeluang menghadiri sebuah forum yang menampilkan panelis-panelis serta moderator yang dikagumi berdasarkan pencapaian mereka di dalam bidang masing-masing.
Mereka bukanlah ustaz atau ustazah, tetapi kecintaan terhadap perjuangan Islam terpancar dari kata-kata hikmah yang dikongsikan bersama tetamu-tetamu yang hadir dalam majlis itu. Sejarah perjalanan hidup mendewasakan mereka tanpa sekelumit rasa menyerah di kala badai dan tribulasi melanda. Subhanallah!
Sesekali jiwa penulis tersentap dengan kehebatan yang telah lakukan untuk Islam, sedangkan kita seakan-akan berpeluk tubuh, merasa cukup dengan apa yang telah dilakukan buat agama Allah ini. Berpaksikan pengorbanan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, perjuangan setiap individu Muslim tidak akan pernah mencapai tahap 'cukup','enough','thats it' atau 'kifayah'. Kelulusan ijazah dalam jurusan agama juga tiada membawa erti sekiranya ia tidak dipraktik dan diistiqamahkan dalam kehidupan seharian. Sepertimana pepatah Arab yang bermaksud: "Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah".

Siapakah Pendakwah Itu?

Tidak perlu status sebagai pendakwah bebas, seorang ibu merupakan pendakwah terhebat untuk sesebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu mahukan anak-anak mereka gagal atau kecewa dalam hidup mereka. Pengajaran yang diterapkan dari hari pertama kita dilahirkan terus berjalan hingga ke akhir hayat. Begitu juga bapa. Anak-anak yang 'menjadi' ini akan mempunyai aura positif dan boleh diteladani oleh masyarakat.
Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu"

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Berbalik kepada forum yang dihadiri penulis, ketiga-tiga ahli panel mempunyai kelebihan masing-masing dalam seruan dakwah. Salah seorang merupakan juruterbang yang telah menghasilkan puluhan buku agama yang menjadi rujukan masyarakat yang dahagakan ilmu. Dianugerahkan Allah isteri yang solehah, beliau mampu berdakwah dengan mata pena sekalipun sibuk dengan tugasan harian yang saya fikir bukan calang-calang portfolionya.
Berbeza dengan panelis kedua, beliau telah dididik oleh bapanya untuk mendalami Al-Quran secara intensif semenjak di usia 4 tahun. Segala cabaran diharungi, menongkah segala arus dan badai. Hasilnya beliau menjadi qariah yang disegani dengan kehebatannya mengalunkan ayat-ayat suci Allah. Jelas, mereka ini adalah pendakwah, khalifah Allah yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang maksudnya:

"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya"

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Panelis ketiga pula, keinginan dan cita-cita untuk menjadi artis membawa beliau ke tahap yang membanggakan pada hari ini. Uniknya, beliau merupakan artis muslimah yang amat elok dijadikan idola buat mudi-mudi. Tidak perlu mendedahkan aurat, tidak perlu pakaian yang nipis dan menjolok mata, aura Islami memang terpancar dari keikhlasan kata-kata beliau. Dakwah disebarkan menerusi aktiviti seni yang boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat tanpa perlu menggadaikan martabat Syari'at dan Sunnah RasulNya.
Perkongsian pengalaman tentang kisah peribadi beliau sendiri dijadikan iktibar dan peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah, Rabbul Jalil dan Rasulullah, Rahmat Seluruh Alam. Sebagai contoh, ziarah ke pusat penjagaan kanak-kanak yang ditinggalkan ibu bapa sendiri. Dalam keadaan sedemikian, kita terfikir, tergamaknya ibu bapa atau penjaga berkenaan melupakan 'tanggungjawab' yang diamanahkan oleh Allah. Walhal, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sangat kasihkan kanak-kanak dan tidak pernah menyakiti mereka.

Sebagai insan, kita wajib melihat sesuatu peristiwa dengan mata hati yang suci kerana Allah tidak pernah melupakan hambanya walau sesaat. Allah Maha Adil dan tidak pernah membebankan hamba-hambaNya. Sebagaimana FirmanNya yang bermaksud:-

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"

(Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Pengertian yang amat mendalam dapat dirungkaikan daripada ayat di atas yang memberikan peluang keemasan untuk kita menjadi lebih baik atau "naik kelas". Justeru, peranan dakwah memang sentiasa terbuka buat kita tanpa ada batasannya. Gunakan setiap detik yang masih berbaki buat kita untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.

Fenomena Hari Ini

Dakwah hari ini memerlukan kreativiti dan kebijaksanaan yang tinggi. Allah telah menyatakan hal ini dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk"

(Surah An-Nahl, ayat 125)

Allah telah memberikan garis panduan yang perlu kita kaji secara mendalam dan mengaplikasikannya dengan berhemah supaya objektifnya tercapai tanpa sedikit kekerasan sekalipun.
Masyarakat hari ini sangat petah mengemukan hujah yang kadangkala lebih bersifat logik dan tidak menepati keperluan syariat. Ini yang paling menakutkan kerana kealpaan tentang ilmu agama boleh menyesatkan orang lain dan sebaliknya menjadi dakyah. Nauzubillah min dzalik.
Kesimpulannya, setiap Muslim merupakan pendakwah yang boleh menyebarkan Islam dengan syarat kesediaan memperbaiki diri serta mendalami ilmu yang betul perlu ada. Mempunyai kelulusan dalam bidang agama belum tentu menjadikan kita 'over qualified' dan tidak cuba mempelajarinya lagi terutamanya daripada orang lain, kerana setiap muslim itu adalah pendakwah dan wajib menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."

(Surah Ali-Imran ayat 104)

Dan turut dirakamkan dari Rasulullah SAW, baginda bersabda yang bermaksud :-

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

(Hadis Riwayat Muslim)

Ambillah iktibar daripada sikap Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang sentiasa zuhud dalam kehidupan seharian. Mendapat gelaran alim ulama bukan tiket untuk kita memperlekehkan orang lain yang jauh dari agama. Justeru, peranan setiap orang untuk menyampaikan dan berkongsi ilmu yang baik sangatlah dituntut dalam Islam.
Sebagai penulis yang masih belajar, merasakan masih banyak yang perlu dipelajari dan terus berusaha menyampaikan dakwah menerusi penulisan. Akhirul kalam, marilah sama-sama kita berdoa semoga dapat terus beristiqamah dalam perkara kebaikan. 

"Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang bijaksana yang diberkati olehMu ilmu yang menjadikan teguh pendirian kami dalam pengabdian padaMu dengan penuh rasa syukur atas segala ni'matMu wahai Tuhan yang amat Belas Kasih dan Penyayang".  Amin, Ya Rabbal 'Alamin. 

- Artikel iluvislam.com

Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Sabtu, Julai 14

Tiga tujuan ?

Assalamualaikum w.b.t...

Sahabat2 sekalian yang sedang baca entry nie apa khabar? Kaifa halukum ? klau semua sihat , Ahsantum ...

Cuaca sekarang nie asyik hujan ... takpe , hujan kan membawa rahmat (; So , topik kali nie taklah menarik sangat .. cuma ia berkaitan dengan perasaan seseorang . Let's begin !

Seringkali kita mendengar perkataan 'Saya cinta padamu' atau dalam bahasa omputih 'I love you' . Hah , ikut suka korang lah nak sebut mana satu . pfftt -.- okay , walaupun kita dah banyak kali dengar org ucapkan pada kita perkataan tu , tapi kita belum tahu kan yang dia ucapkan tu sebagai apa ? sebagai kawan ? kekasih ? atau saja2 ? haaa.. yg ketiga tu bahaya sikit .. sebab kalau saja2 tu dikira kita mainkan perasaan orang terutama sekali kalau lelaki ucapkan pada seorang perempuan yg sedangkan dia tidak punya apa2 perasaan . So , tak elok kita buat macam tu . Sbb perasaan nie tak boleh dibawa main2 .. Ia bergantung pada kekuatan fizikal dan rohani seseorang untuk sentiasa tabah dan tidak mudah 'cair' dengan perkataan tersebut . Bahaya juga klau kita ucapkan pada seseorang yg berjiwa sensitif atau terlalu 'obsess' dengan kita sbb nnti klau cintanya ditolak atau tak diterima , silap hari bulan buat kenduri arwah agaknya . MasyaAllah .. ok lah , sampai di sini saja entry saya kali nie . Enjoy your day . Syukran (;



Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Ahad, Julai 8

Semua Tentang Kita

Assalamualaikum w.b.t ..

Dimalam yang dingin ini .. sukar untuk saya melelapkan mata ... terasa rindu di hati .. Hmmm . Malam nie cuma short update itupun tentang perpisahan yg bakal menghantui diri saya. Astaghfirullah halazim.. tak tahu macam mna saya nak hadapi saat2 perpisahan nnti. Allah SWT saja yang tahu perasaan saya . Setelah 2 tahun kami berkawan , tak sangka tahun nie akan berpisah . Masa sangat mencemburi kami . Lagi 2 minggu dia kat Sabah . Ya Allah , sedihnya .Setiap hari terfikirkan pasal perpisahan nie. Sedih , sedih  , sedih ! Apa yg akan berlaku lepas nie ... Mungkin tak semangat nak pegi sekolah . Tiada semangat nak buat apa2 perkara. Lebih2 lagi klau dah berpisah then masing2 lupa kawan , habis lah... hilanglah sebuah persahabatan yg dibina selama 2 tahun nie ... doa2 kat Allah supaya kami tak terputus silaturrahim .. InsyaAllah . Bagi dia , tolong jangan lupa saya apa pun terjadi .

Mood : Sedih .

Assalamualaikum ...
Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Khamis, Julai 5

Trip to Langkawi and Kuala Lumpur !

Assalamualaikum w.b.t ..
Hai ! lama saya tak update blog . Rindu juga dengan blog nie . HAHA . okay , topik kali nie mengenai rombongan dari sekolah saya ke Kuala Lumpur dan Langkawi selama seminggu . okay , seriously , memang Greysome ! best sangat2 ! Rombongan kami disertai oleh Pengetua sekolah , penolong kanan , guru disiplin , dan cikgu2 mata pelajaran yg lain .. So, banyak sebenarnya gmbr2 yg saya tangkap sepanjang rombongan tu . Setiap masa ! haha . Orang dah gila camera memang macam tu -.- .

*****

First Day .. 28 June 2012 

Ok . Flight kami jam 8 pagi . Jam 5:30 pagi dah ready kat KKIA ( Kota Kinabalu International Airport ) . Semangat gila ! haha . Bayangkanlah jam berapa saya bangun dari tidur . Jam 2 pagi ! haha . Biasalah , orang suka packing last minit memang macam tu . hikhik . So , nie gmbr masa kat airport tu . 

#KKIA 

Dipendekkan cerita , kami selamat sampai di KLIA pada jam 10:45 cam gitu lah .. Lepas tu naik bas pergi KL tpi tak terus ke tempat penginapan , kami terus ke SOGO Shopping Complex . Tak sabar2 sangat nak shopping -.- lol . So , kami beli barang sikit2 ( konon ) , pastu makan . Lepas dari SOGO , kami naik bas menuju ke Menara Kuala Lumpur . Naik atas tengok pemandangan dan beli sedikir cenderahati . Perjalanan seterusnya ke tempat penginapan . hehehe . Kami menginap kat International Youth Centre di Cheras . Best juga lah kat situ . ok2 je . LOL . 

Second Day ... 29 June 2012 ...

Mulalah pengembaraan kami ! haha . Bangun bukan main awal lagi . Pakai baju kurung warna peach pink yang diberi oleh pihak sekolah . hehe . Kami siap jam 9:50 pagi then bergerak menuju ke destinasi yang pertama iaitu ke KLCC ! Kami pegi Petrosains . Best sangat2 , ada macam2 permainan kat dalam situ . haha . Macam semua nak cuba . Tapi letih juga . hehe . So , lepas tu kami tangkap2 gambar buat kenangan . Jam menunjukkan waktu solat Asar . Kami solat qasar dan jamak takhir je , perjalanan kami jauh so dah dikira sebagai musafir lah .. hehe .. Kami solat kat Masjid Putrajaya .. SubhanaAllah , masjid tu sangat2 cantik dan besar ,,.. tenang je bila solat kat situ . Lagipun banyak muslimah arab yang pakai purdah dan burqa . Tak dapat dinafikanlah .. terlalu ramai ! So , lepas kami dah selesai solat .. kami teruskan perjalanan menuju ke shopping complex lagi .. sampai tengah malam ! haha . Cikgu2 lah yang puas shopping. lol . Lupa pulak dah nama tempat shopping tu tpi memang betul2 tgh2 bandar Kuala Lumpur tu . Sesak ! 

Third Day ... 30 June 2012 .. 

Okay , hari ketiga kami pakai baju bebas . Baju biasalah . Bukan baju yg tak senonoh . Nauzubillah Minzalik.. Hari ketiga nie destinasi pertama kami ialah menuju ke Langkawi ! yeah . Inilah saat2 yang dinanti-nantikan sebab kat Langkawi kan... DUTY FREE TAX ! Best gila . nak borong coklat dgn tudung . Eh , bagi cikgu2 dan ibu2 tu dorg borong pinggan mangkuk vantage ! haha ! Klau berat , sendiri punya pasal . hikhik . Yang tak bestnya keadaan kat feri . Tersangat2 lah CROWDED! Ya Allah , sampai nak tercabut kaki berjalan tangan pula mengangkat beg . dah lah berat . pfftt -.- paling tak sukalah kat jeti feri tu .. pehh .. pastu dalam feri sejuk pula tu . Pakai jaket pun mcm takde effect . -.- lol . Tapi tak mual langsung ok .Alhamdulillah . 

Dipendekkan cerita .. kami sampai dah ke tempat penginapan yang tak seberapa memuaskan . Awal2 lagi saya dah jatuh dari atas kati and then kaki pula terseliuh .. bagaikan nak patah kaki masa tu . tapi boleh ketawa sambil menangis lagi . haha . 'Baik' betul kawan2 saya yg turut berada di situ kan .. siap ketawa lagi ok . stop .-.- Beberapa minit kemudian , kaki dan mula bengkak . Okay , cara jalan dah berubah ,mcm ketam . -.- Terinjut2 . Sakit ! Allah ajelah yang tahu perasaan dan keadaan saya masa tu :( Lepas dah selesai kemas2 semua , kami siap2 untuk naik bot pegi ke Tasik Dayang Bunting . Perjalanan memakan masa selama 30 minit . Lama juga . Tapi best sebab dapat menghirup udara segar ! :D Then , sampai aje kat tasik dayang bunting , ada monyet pula dah . Ganggu jalan kami aje . Tapi seriesly , memang rata2 monyet bersepah kat tasik dayang bunting . Tapi monyet2 tu tak kacau saya. haha . lain macam aje bunyinya . Ok , plastik yang kawan saya pegang kena ' ragut ' dek monyet yang comel2 belaka . cun kan ? -.- Nasib baik camera saya dipegang erat . Klau dicuri , dikejar kang monyet tu smpai tgh2 hutan oleh saya . LOL . *macam berani* . Sampai kat tasik tu , kami just rendam2 kaki je . hhaha . habislah orang yg mandi kat kawasan tu semua minum air kaki . HAHAHA . jahat eh . LOL . Tapi memang best lah ! 

Lepas dari tasik dayang bunting kami singgah makan jap . Pastu sambung perjalanan ke Underwater World !  Yeah ! Kat situ kami dapat tengok macam2 jenis ikan , penguin , burung dan lain2 lagi . *nama tidak diketahui* . HAHHA.. Banyak gambar yg saya telah tangkap . nasib tak full memori -.- k , habis dan ronda2 dlm underwaterworld tu , kami bergerak ke tempat yang berdekatan dengan Jetty Point . Alah.. yang ade burung helang besaq ( besar ) tu . Hikhik . Kat situ kami tangkap gmbr aje dan makan KFC. hehe . K , pastu balik tmpt penginapan . Malam tu , ada pasar malam . Dekat aje . Depan tmpt penginapan je . Jalan kaki je .. hehe .. Kami beli baju .. keychain .. dan banyak lagi . Saya pula sibuk beli ubat untuk rawat kaki nie :( . Lepas tu , kami pegi Haji Ismail . Kat situ lah banyak coklat2 murah . Wohooo ! K , sambung keesokkan harinya pulak :P 

Forth Day ... 31 June 2012...

Seperti biasa bangun diawal pagi menunaikan solat Subuh . Pastu siap2 nak pegi jalan lagi ! Pagi tu kami sarapan di Pandak Mayah .. Sarapan Nasi Lemak aje . hehe . itu pun kena belanja oleh  Ustaz kami, Alhamdulillah . Rezeki diawal pagi . Hihihihi. *save bajet* .Selesai sarapan , kami tunggu bas . Hari nie banyak tempat yang kami pegi. Destinasi pertama kami ke Kilang Gamat. Dapat juga merasa pegang ubat gamat yang tengah masak . hehe . Time tu kami beli banyak ubat sbb masing2 ibu kirim kan... hahaha . kalau ikutkan tak nak beli . Lol . Tapi saya kena beli juga , sebab nak beli ubat untuk kaki yang terseliuh nie . -.- . K , perjalanan seterusnya kami ke Makam Mahsuri . Panjang ceritanya . Kat situ banyak pameran2 .. kepada sesiapa yang masih tak tahu kisah Mahsuri , sila rajin2 kan diri tu search di internet tntg Mahsuri . Semua tu ada kait rapat dengan Langkawi nie . (: Perjalanan seterusnya kami ke Underwater World .. Kat situ ada banyak ikan2 , penguin , burung dan macam2 lagi . Biasa je pun .. LOL .. K , lepas tu kami ke tempat yg dinanti-nantikan iaitu ke Cable Car ! gayat gila bila naik atas cable car tu .. boleh nampak gunung mat chincang dengan Telaga 7 . Hehe . Selesai dari cable car , kami ke Pasir Hitam. Kat situ sesetangah pasirnya warna hitam sbb ade bekas2 lava dari gunung berapi yang masih kekal smpai sekarang . Tulah tmpt tu kena panggil pasir hitam ! hehe . 


#Kat puncak paling atas di Cable Car .

#Pemandangan dari puncak tertinggi . Gayat ! 

#Pasir Hitam . Sorry ada gmbr kaki :P 

So , hari kelima dan terakhir to be continue ok ? Penat tgn nie menaip -..- Selamat malam .. Assalamualaikum (: 




Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Sabtu, Jun 23

Friendship

Assalamualaikum w.b.t saudara dan saudariku sekalian ...

Topik hari ni mungkin tak menarik minat anda .. tapi , inilah yg saya ingin sampaikan ..

Bismillahirrahmanirrahim ..



Saya mempunyai TIGA ORANG SAHABAT KARIB . Mereka sentiasa berada di sisi saya sama ada ketika saya gembira , sedih/dukacita , marah , kecewa dan sebagainya . Ya , itulah sahabat . Walau di mana pun mereka berada , mereka sentiasa di hati saya . Dan , pergaduhan merupakan perkara biasa yg akan dialami oleh setiap orang. Akan tetapi , pergaduhan antara sahabat karib adalah berbeza , kerana dari pergaduhan itulah kita akan berasa ingin cepat memohon maaf kpd mereka kerana kita tidak tahan untk berjauhan atau tidak berkongsi cerita bersama mereka walaupun SEMINIT . Ini adalah fakta .

Seperti yang kita sedia maklum , setiap pertemuan pasti dimulai dengan ukiran senyuman dan setiap perpisahan pasti diakhiri dengan tangisan . Saya akui , diri saya ini sangat lemah untuk menghadapi saat-saat perpisahan . Di mana saya akan sentiasa berfikir bagaimana saya ingin teruskan kehidupan tanpa mereka yg selalu berada di sisi saya , dengan siapa saya ingin berkongsi cerita dan bergelak ketawa . Sangat sukar untuk saya menghadapi saat-saat itu . Tetapi , tidak lama lagi , salah seorang daripada sahabat karib saya akan meninggalkan saya . Sedih tak terkata , air mata tidak mengalir tetapi dalam hati Allah S.W.T sahaja yg tahu bagaimana perasaan ini . Dialah yang sentiasa berada di hati saya... Akan saya cuba untuk terus menjaga hubungan saya dengannya ( HabluminAllah wa Habluminannas ) . InsyaAllah , persahabatan kami tidak akan terputus walaupun kami berjauhan .

Kepada Sahabat ku , ...



Walaupun diri ini tidak mampu untuk menghalangmu untuk berpisah , tetapi ingatlah bahawa takdir Allah S.W.T sangatlah sempurna . Saya harus redha akan semua ujian yg diberi oleh Allah . Kerana , sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui . Sahabatku , tidak akan aku lupa untk mendoakanmu disetiap sujudku kepada Ilahi . Biarlah hati ini menanggung segala siksa kesedihan kerana Allah telah menghitung air mata ku . InsyaAllah , hubungan persahabatan kita akan berkekalan hingga ke Jannatul Firdaus . InsyaAllah . Dan sesungguhnya , demi masa .. aku sentiasa menghitungnya setiap minit dan saat. Tak akan aku persiakan segalanya .

Terima Kasih kerana sudi membaca entry saya kali ini . Dan pesanan saya buat sahabat-sahabat di muka bumi ini , hargailah seseorang itu kerana dia mungkin tidak akan hadir untuk kali kedua . Hargailah sahabatmu sementara dia masih wujud di muka bumi yang fana ini . Wallahu Alam .



Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Khamis, Jun 21

Sahabatku, Dunia Ini Tidak Lengkap Tanpamu!

Assalamualaikum sahabatku, sahabat sejantinaku, sahabat yang menjadi sahabatku atas izin dan takdir ALLAH SWT. 


Aku telah menerima khabar daripadamu. Tampaknya kau agak kecewa dengan dirimu. Tentang keputusan SPMmu, tentang rakan-rakanmu, tentang impianmu yang nampaknya agak kabur untuk kaulihat, menurutmu.
Sahabatku yang kurindui kerana ALLAH,
Aku merindui dirimu. Aku merindui kekuatanmu. Malah aku sungguh cemburu kepadamu! Mengapa? Aku dapat mengagak, kau pasti akan berkata, keputusanku lebih baik daripadamu. Aku kini telah berjaya menyambung pelajaran, tidak sepertimu.
Aduhai sahabatku, hidup ini sungguh lebih luas dan besar maknanya daripada setakat keputusan SPM dan universiti semata-mata. Tidak kunafikan kepentingannya, tapi sahabatku sayang, pandanglah hidup yang sementara dan fana ini daripada sisi yang berbeza.
Aku sering teringat kata-kata Dr. Danial Zainal Abidin lewat salah satu ceramahnya;
"Apabila manusia melihat dunia ini daripada dimensi akhirat, dia akan berasa dunia ini amat kecil sekali."
Sahabatku yang kucemburui kerana ALLAH,
Aku cemburu kepadamu kerana sungguh, ALLAH sangat banyak mengujimu! Hidup beberapa tahun denganmu cukup menjadikanku saksi atas segalanya. Masya ALLAH, sayang sungguh ALLAH kepadamu, sahabatku. Ingin tahu kenapa aku cemburu?

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." 

Surah Al-Baqarah, ayat 286.
Dan memandangkan ALLAH memberikan ujian yang menurut perhatianku agak mencabar, ini maknanya kau memang orang yang hebat dan cukup layak diberikan ujian yang juga hebat! Itu kata ALLAH dalam ayat terakhir Surah Al-Baqarah tersebut, sahabatku. Cemburunya aku, sahabat. Kau sungguh hebat. Kau orang terpilih. Hanya kau yang cukup layak bagi ALLAH untuk menjalani ujian tersebut. Kau, sahabatku. Bukan aku. Bukan kami,sahabat-sahabatmu. Tapi kau. Kau yang terpilih!


Dan aku tumpang gembira, sahabatku.
Sahabatku yang kusayangi kerana ALLAH,
Teruskanlah perjuanganmu, sayang. Jangan pernah berputus asa daripada rahmat ALLAH. ALLAH does not say the road is going to be easy, but ALLAH does say that ALLAH is going to be with us, forever.
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah:153)
"Sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar." Nah, ini buktinya, ALLAH bersamamu, sahabatku!
Bersabarlah demi mardhatillah, sahabatku.
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya."
(Al-Kahfi:28)
Ketahuilah, bahawa ALLAH tidak sekali-kali menciptakan kita dengan sia-sia. Ketahuilah bahawa setiap orang, setiap organism, setiap benda, sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya ada kelebihan dan hikmahnya, asal saja kita mahu berfikir.
Even parasites have their own specialities, which is having thick outer cuticle, in order to resist the hydrolysis by the enzymes of the host.
Begitulah kita sepatutnya jadi sahabatku. Kuatkan prinsip dan pegangan diri. Biarlah apa orang kata, biarlah THICK OUTER CUTICLE kita yang diperbuat oleh IMAN DAN TAKWA itu kekal memagari diri, agar diri terpelihara, agar semangat tetap membara, walau apapun yang dating, cuba mempengaruhi kita agar putus asa daripada rahmat-NYA, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pemberi Rezeki.
Jadilah seperti parasite yang sentiasa dapat mengikis enzyme yang disuntik syaitan laknatullah dengan thick cuticle of iman dan takwa.
Lihatlah, sedangkan parasit yang kita benci dan geli ini pun, ada hikmah di sebalik penciptaannya yang boleh kita fikir. Apatah lagi kita, manusia. Apatah lagi dikau, sahabatku, yang lengkap dengan akal yang sempurna, malah terbukti selaku seorang hamba-NYA yang taat dan tabah pula. Tentu dikau satu hari nanti boleh melakukan perubahan pada dunia ini, walaupun hanya kepada seorang, tetap pasti ada hikmah penciptaan dirimu kepada dunia ini. Everyone may not be good, but there is something good in everyone, insyaALLAH. Ketahuilah, dunia ini mungkin sahaja tidak lengkap tanpamu!

-Artikel ILuvIslam
Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Rabu, Jun 20

MARAH ? ADA JALAN PENYELESAIANNYA ?

Assalamualaikum w.b.t saudara dan saudariku sekalian... 






Semua yang berlaku di atas muka bumi ini sudah tentu ada JALAN PENYELESAIANNYA . Tapi bergantung pada diri kita sama ada kita mahu berusaha untk menyelesaikannya . Dalam hadis Rasulullah SAW : “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam”. Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila seseorang daripada kamu sedang marah, maka hendaklah ia berwudhuk”. Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”.

#Wallahu Alam . (:

Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Selasa, Jun 19

Salah kah ?

Assalamualaikum w.b.t ...



CINTA. Merangkumi lima huruf dan satu perkataan namun membawa seribu satu makna. Salahkah cinta, bercinta, mencintai dan dicintai? 

Mudah sahaja untuk menjawab persoalan itu sebenarnya.
Kalau cinta itu haram dan salah, maka tiadalah kita pada hari ini. Kalau salah, masakan Rasulullah begitu mencintai Saidatina Khadijah. Jika haram, bagaimana pula dengan ketulusan cinta Zulaika terhadap Nabi Yusuf as. Bagaimana pula dengan cinta agung Adam dan Hawa. Berdosakah mereka kerana ditanamkan segenap perasaan CINTA dalam hati-hati insan-insan mulia ini?

Tidak perlulah mual, resah, keliru, loya dan gusar lagi kerana jawapannya nyata, terang lagi bersuluh.
CINTA TIDAK SALAH

Cinta itu anugerah yang Allah hadiahkan kepada hambanya dalam bentuk fitrah. Kalau seorang jejaka tampan bernama Ahmad Romeo jatuh cinta kepada seorang Siti Juliet, maka itu perkara biasa, Sedangkan, Allah sebutkan menerusi SMS cintanya kepada kita;

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu:wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).(Al-Imran:14) 


Masalah yang kita hadapi sekarang ialah cara masyarakat dan ummah kita menghargai anugerah ini. 
Para pembaca hensem segak sekalian, kalaulah saya bagi sebuah kereta Ferrari merah metallic serta berkilat, bagaimanakah kalian menunjukkan bahawa kalian menghargainya?
Sudah semestinya kalian akan menjaganya dengan rapi, polish lima kali sehari, pergi carwash setiap hari dan sebagainya tanda kalian sangat menghargai pemberian mahal tersebut.

Begitu juga dengan anugerah cinta. Kalau kita dianugerahkan sebuah perasaan cinta kepada seseorang yang begitu sukar dimiliki, sudah tentu kita inginkan sebuah percintaan yang halal bersama si dia sebagai tanda anda menghargai anugerah cinta terhadap insan tersebut. Jadi, anda akan menikahi si dia dengan sah supaya anda berhak melakukan apa-apa yang diharamkan sebelumnya bersama si dia. 

Sebaliknya, seandainya anda dianugerahkan perasaan cinta ini terhadap seorang insan yang begitu mudah didekati serta menyalahgunakan anugerah tersebut, anda akan melamarnya untuk mengikat sebuah ikatan cinta yang haram melalui sistem (tudia sistem aih!) bercouple. Hal ini bermakna anda tidak menghargai anugerah cinta tersebut dan memilih untuk menjaja anugerah tersebut dengan diskaun sediskaun-diskaunnya. Akhirnya, anugerah yang mahal bertukar menjadi murah, fitrah yang diiringi barakah bertukar menjadi fitnah dan amarah Allah. 

Sayang sejuta kali sayang, ramai pasangan tidak menghargai anugerah cinta yang Allah kurniakan kepada mereka. Lebih sedih lagi, mereka tidak menghargai Tweet Allah yang berbunyi:

“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
Bersyukurlah dengan anugerah CINTA ini. Hargailah sebaiknya.

 “ Dan (ingatlah juga) tatkala TuhanMu memaklumkan , sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambahkan ( ni’mat ) kepadamu dan jika kamu mengingkari ( ni’matKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” ( Surah Ibrahim ayat 7) 

Tag : Aisyah Shakirah (; 

Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Isnin, Jun 18

Keindahan Alam Sekitar Ciptaan Yang Maha Esa .

Assalamualaikum w.b.t ... 

Gambar2 di bawah ni adalah 100% tangkapan ( shoot ) drpd sy sendiri . Semoga kita dapat ambil ikhtibar daripada gambar2 ini .. Ciptaan Allah SWT sangatlah sempurna (: 









Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew

Sabtu, Jun 16

Israk dan Mikraj

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ni seperti yang kita sedia maklum adalah sejarah peristiwa ISRAK DAN MIKRAJ ... mari baca artikel di bawah .. (:



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.
Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.
Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)
Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

Terima Kasih Daun keladi , kalau rajin jenguk lagi xD hehehehew